Kata Pengantar
Fikroh.com - Segala puji bagi Allah SWT yang senantiasa memberikan kekuatan, perlindungan, dan kelancaran kepada seluruh pasukan Misi Flotilla dalam menjalankan amanah kemanusiaan ini. Laporan rasmi Sumud Nusantara Command Center (SNCC) ini disusun sebagai bentuk tanggung jawab, keterbukaan, serta penyampaian maklumat sahih kepada seluruh pihak yang mendukung perjuangan membawa solidariti untuk rakyat Gaza. Di tengah tantangan teknikal dan keselamatan, komitmen misi tetap teguh untuk mencapai tujuan mulia, yaitu menyampaikan bantuan serta menyuarakan kepedulian terhadap penderitaan yang dialami saudara-saudara kita di Palestin.
Kami berharap laporan ini dapat menjadi rujukan sahih bagi semua pihak—termasuk media, keluarga peserta, serta masyarakat umum—agar tidak terpengaruh oleh maklumat palsu dan propaganda yang beredar. Semoga setiap langkah dalam perjalanan misi ini dicatat sebagai amal soleh, mempererat ukhuwah, dan menguatkan barisan solidariti antarabangsa demi tegaknya keadilan dan kemanusiaan di bumi Palestin.
SUMUD NUSANTARA COMMAND CENTER
LAPORAN RASMI SUMUD NUSANTARA COMMAND CENTER (SNCC) 29 SEPTEMBER 2025 | 5:00 PETANG |HARI KE-29 MISI
Situasi & Keselamatan
- Kapal Flotilla kini dalam pelayaran menghampiri zon kuning (21 Batu Nautika)
- Kini berada 366 Batu Nautika dari persisiran Gaza
- Tiada laporan aktiviti drone dilaporkan semalam.
- Delegasi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
Isu Teknikal & Operasi Kapal
- Laporan diterima SNCC pada 2.45am waktu GMT+3 (07:45am waktu Malaysia) mengesahkan kapal Johnny M (observer boat) mengalami kerosakan teknikal dan kebocoran pada ruangan enjin serta dimasuki air.
- Masalah ini menyebabkan Johnny M tidak dapat meneruskan misi.
- Semua peserta kapal Johnny M telah berjaya dipindahkan dengan selamat ke kapal-kapal lain pada 09:00am GMT+3 (02:00pm waktu Malaysia) termasuk 6 orang delegasi Malaysia.
Kemaskini Misi
- SNCC menjangkakan misi berdepan kelewatan 4 hari ke zone merah dan Gaza pada Khamis 2 Oktober.
- SNCC menafikan berita adanya kapal delegasi yang terbakar.
Komitmen Misi
- Sekretariat menegaskan bahawa Misi Flotilla tetap diteruskan ke Gaza.
- Pihak SNCC menggesa semua penyokong, media, keluarga peserta dan masyarakat yang mendokong untuk terus menjadi penguat semangat dan tidak terpengaruh dengan cubaan halus melemahkan barisan solidariti antarabangsa ini.
SNCC Sebagai Sumber Rasmi
Pihak Sumud Nusantara Command Center sekali lagi menegaskan agar semua pihak merujuk pusat ini sebagai sumber sahih.
Sebarang maklumat yang tidak sahih hanya memenangkan propaganda pihak Zionis dan akan membina naratif salah.
Laporan oleh:
DATO’ SANI ARABY BIN DATO’ ABDUL ALIM ARABY
Ketua Pengarah
Sumud Nusantara Command Center (SNCC)
29 September 2025
📞 Hotline: 012-800-2016
📧 Email: commandcenter@sumudnusantara.com
🌐 Laman rasmi: www.sumudnusantara.com
📍 Tracker: tracker.sumudnusantara.com
📱 IG/Facebook: Sumud Nusantara
Kata Penutup
Laporan ini bukan hanya rangkuman perjalanan misi, tetapi juga cerminan tekad dan pengorbanan demi sebuah cita-cita besar: membela kemanusiaan dan menyuarakan keadilan bagi rakyat Gaza. Meski jalan yang ditempuh penuh dengan cabaran, semangat para peserta misi dan sokongan masyarakat tetap menjadi cahaya yang menuntun langkah ke tujuan.
Semoga setiap usaha, doa, dan dukungan yang tercurah menjadi amal kebaikan yang berlipat ganda di sisi Allah SWT. Kita percaya, sekecil apa pun kontribusi yang diberikan adalah bagian dari perjuangan besar ini. Mari kita terus bergandengan tangan, memperkuat barisan solidariti, dan tidak pernah gentar menghadapi kezaliman. Bersama, kita yakin kemenangan akan berpihak pada kebenaran.
