Sejarah Hadarim Di Kesultanan Melayu Dan Perjuangan Melawan Kerajaan Siam

Fikroh.com - Hubungan Kesultanan Kedah dan Kesultanan Palembang melalui jalur Tunku Kudin (silsilah keturunan Sayyid asal dari julur keturunan Muhammad SAW) serta peristiwa Perang Musuh Bisik 1821 Siam Serang Kedah. 

Kedatangan Keluarga Shahabuddin (Syihab) dari Palembang ke Kedah dan salasilah Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin)

Yang pertama kali datang dari Tarim Hadramaut ke Palembang adalah Al Habib Muhammad Az Zhahir bin Hussein Bin Muhammad Az Zhahir bin Hussein Bin Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad Shahabuddin Al Asghor. Beliau adalah generasi ke 35 dari Ar Rasul Muhammad SAW.Beliau tiba di kesultanan Palembang pada massa pemerintahan Susuhunan Ahmad Najamuddin Adi Kesumo(1171-1190 H/1758-1778 M).Al Habib Muhammad Az Zhahir ini nikah dengan salah anak dari Sultan Muhammad Bahauddin dan memiliki anak yang bernama Pangeran Husin .Selanjutnya Keluarga Shahbuddin ini merupakan keluarga dalam ke sultanan Palembang dan memegang peranan yang penting terutama dalam hal bidang ugama.Pangeran Husin Shahabudin ini hidup di masa Sultan Badarudin ke II dan beliau adalah sepupu Sultan.

Sejarah Hadarim Di Kesultanan Melayu Dan Perjuangan Melawan Kerajaan Siam

Pangeran Husin ini memiliki 2 orang anak yakni Raden syed Muhammad Az Zhahir dan Hasan(bergelar Raden Hasan). Raden Syed Muhammad Az Zhahir bin Pangeran Husin Shahabuddin ini memiliki beberapa orang putra di Palembang selanjutnya kira-kira tahun 1780 an beliau berhijrah ke Kedah dan berkawin dengan saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah marhum Melaka.Dari perkawinan ini beliau mendapat putra yakni Syed Zainal Abidin.Karena dari pihak ibunya adalah keturunan bangsawan Kedah maka syed Zainal Abidin juga dikenal dengan panggilan Tungku Zainal Abidin dan rakyat Kedah lebih mengenalnya dengan sebutan Tungku Kudin.Syed Zainal Abidin/Tungku Kudin di lahirkan di Kedah kira tahun 1790.

Penjajahan Siam di Kedah, mulai 1821 telah mencetuskan siri gerakan membebaskan negeri Kedah di bawah pimpinan golongan bangsawan Kedah. Pada tahun 1826, Syed Zainal Abidinbin Muhammad Az Zhahir Shahabuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Tunku Kudin, anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah,Tunku Long Putih(orang kepercayaan utama Tungku Kudin,tungku long putih ini adalah anak Tungku Raden asal Palembang yang berkawin dengan Tungku Jam jam saudara Sultan Ahmad Tajuddin) dan Tunku Sulaiman melancarkan serangan ke atas pertahanan Siam di Kota Kuala Kedah. Serangan mereka dapat dipatahkan oleh pasukan Siam. Pada tahun 1828, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Tunku Kudin dan Tungku Long Puteh berada di Seberang Perai. Pada tahun 1829, Tunku Kudin, bersama pengikutnya, dengan disertai, antaranya Tunku Long Puteh, Tunku Jaafar dan Tunku Dagang, anak Tunku Long Puteh; panglima Hassan, Mis, Che Rio, Awang Lahal dan Che Akil melancarkan serangan ke atas tentera Siam di Kedah tetapi dikalahkan oleh tentera Siam. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah juga merancangankan serangan ke atas tentera Siam di Kedah tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana rahsia rancangan baginda diketahui oleh Siam.

Surat yang baginda hantar kepada Seri Lela Pahlawan dan Raja Putera Jaya mengenai perkara ini jatuh ke tangan Siam. Dalam bulan Januari 1830, Tunku Kudin berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 orang mara ke Kedah melalui Perai. Setelah berada di Kedah, angkatan Tunku Kudin menjadi bertambah ramai dengan penyertaan penduduk Kedah. Mereka yang menyertai Tunku Kudin ini mengsifatkan perjuangan mereka adalah jihad menentang orang kafir, Siam. Pada tahun 1831, angkatan Tunku Kudin terdiri daripada 2,000 orang, termasuk di dalamnya 80 orang bekas tentera sepoi, memakai pakaian seragam pasukan sepoi British dengan semangat jihad,melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang berada di Kota Kuala. Dalam pertempuran ini angkatan Siam dikalahkan. Kota Kuala dapat diduduki oleh Tunku Kudin pada 24 April 1831. Pasukan Tunku Kudin mendapat bantuan daripada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah.

Dalam usaha menjamin hubungan baik British-Siam, Gabenor R. Ibbetson menyatakan British tidak terlibat membantu Tunku Kudin, hanya Tunku Kudin yang menyibarkan dakyah British membantunya.Di samping itu Gabenor R. Ibbetson mengeluarkan isytihar, mereka yang terlibat dalam serangan ke atas Kedah disifatkan sebagai lanun. 35 Tentera Siam yang bertahan di sini mengundurkan diri ke Alur Ganu, markas pertahanan mereka. Kira-kira 30 orang tentera Siam ditawan dan disiksa sehingga mati,sebagai membalas dendam di atas tindakan tentera Siam sebelum ini ke atas orang Kedah.Begitu juga dengan orang Cina yang membantu tentera Siam disiksa hingga mati.Kejayaan Tunku Kudin mengambil balik Kota Kuala, serta mengundurkan tentera Siam diketahui oleh Chao Phya Ligor. Beliau telah mengumpulkan kira-kira 7,500 orang dengan 3,000 ekor gajah dan mara ke Kedah pada Juni 1830. Angkatan ini bergerak ke Trang, memasuki Kedah dan bergabung dengan angkatan mereka yang sedia ada di Alur Ganu. Angkatan Siam telah melancarkan serangan ke atas pasukan Tungku Kudin.

Dalam pertempuran yang gagah berani ini Tungku Kudin dengan pasukan mempertahankan tanah kelahirannya yakni Kedah sampai titik darah penghabisan dan beliau beserta kira 50 orang Melayu terkorban di daerah Kota Kuala oleh tentara Siam yang jumlah dan peralatannya lebih lengkap.Pada badan Tunku Kudin terdapat kesan tembakan peluru. Bagi orang Melayu Kedah, perjuangan ini adalah perang jihad, menentang kafir; mati syahid dan masuk syurga.Tunku Kudin telah dipancung kepala, kepalanya dibawa ke Bangkok.Perlawanan Tungku kudin yang gagah berani ini menjadi inspirasi bagi pejuang2 Kedah selanjutnya yang pada akhirnya berhasil membebaskan Kedah dari upaya penjajahan Siam.

Tungku Kudin ini memiliki dua orang putra yakni Syed Hasan dan Syed Husin,hingga kini keturunan Tungku Kudin/syed Zainal abidin bin Muhammad Az Zhahir bin Husin Shahabuddin,keturunan dari ke dua putranya ini hingga saat ini ada di Kedah dan Kuala Lumpur.Diantara keturunan Tungku Kudin ini sepanjang masa menghiasa sejarah negeri Kedah hingga setelah masa kemerdekaan ada diantara mereka menjadi orang orang penting sementara keluarga terdekatnya saat ini juga masih ramai di Palembang yakni di daerah kampung Muaro,sei bayas dan berbagai tempat di Indonesia.

Ayah Tungku Kudin/Syed Zainal Abidin yakni Raden Syed Muhammad Az Zhahir memiliki seorang saudara yang menetap di Palembang yakni namanya Raden Hasan dan salah satu putra raden Hasan ini adalah Husin.Jadi syed Husin ini sepupu kepada Tungku Kudin.Syed Husin bin Raden Hasan ini nikah dengan anak Sultan Badaruddin II dan memiliki putra yang bernama Pangeran Syarief Ali bin Husin bin Raden Hasan Shahabuddin.Nama Pangeran syarief Ali Shahabuddin ini cukup di kenal dalam kesultanan Palembang Darussalam.Dari huraian ini kita dapat menarik garis kesimpulan adanya hubungan yang erat Tungku Kudin dengan kesultanan Palembang Darussalam dan memang beliau juga memiliki darah keturunan kesultanan Palembang Darussalam.

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama